
Original article: https://utusantv.com/2025/01/23/solnovation-analytics-manebi-jalin-kerjasama-bina-ekosistem-dan-bangun-aplikasi-sumber-manusia-dan-maklumat/
Solnovation Analytics Sdn Bhd dengan syarikat pemula Jepun, Manaebi meterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan aplikasi dalam pemerkasaan sumber manusia dan maklumat di Malaysia.
Pengasas Solnovation Analytics, Cyrill Mathias berkata, pihaknya memanfaatkan teknologi bagi memberi nilai tambah kepada Manebi dalam pembinaan dan pengisian aplikasi bagi membantu tenaga kerja Malaysia.

“Solnovation Analytics berperanan menyumbang kepakaran dalam mempromosikan dan membangunkan infrastruktur pintar untuk industri dan menerusi kerjasama ini, kami manfaatkan teknologi bagi memberi nilai tambah kepada Manebi dalam pembinaan dan pengisian aplikasi bagi membantu tenaga kerja Malaysia.
“Ia sekaligus dapat membantu pekerja meningkatkan kualiti dan pemahaman budaya kerja syarikat dan membolehkan orang ramai mendapat manfaat pembangunan dan maklumat platform dipertingkatkan.
“Kami juga menawarkan kepakaran dalam teknologi dan ekosistem secara universal selain mempunyai pelbagai cabang industri yang boleh diperluaskan antaranya teknologi hijau, pendigitalan, sistem data satelit, bandar pintar, latihan dan banyak lagi,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media, Pengasas Bersama Solnovation Analytics, Devan Rajam, Pengarah Pemasaran Teknologi, Agrikultur dan telekomunikasi, Mark D Souza, Ketua Kakitangan Manebi, Kenta Kato dan Pegawai Pembangunan Strategi Leave A Nest, Tanami Shuhei.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Manebi, Tomoya Tajima berkata aplikasi yang dibangunkan melalui kerjasama ini dapat membantu lebih ramai tenaga kerja Malaysia menyesuaikan diri dengan sistem kerja, undang-undang, budaya dan persekitaran dalam syarikat Jepun.
“Kami memahami persekitaran dan cara kerja di Malaysia berbeza dengan negara kami, jadi kami bakal membangunkan satu aplikasi dan dilengkapi dengan teknologi serta pengisian dari Solnovation Analytics untuk mendidik dan memberi pemahaman lebih jelas kepada pengguna.
“Aplikasi itu nanti boleh digunakan oleh tenaga kerja di Malaysia yang bekerja dengan syarikat Jepun dalam pelbagai industri yang ada di Malaysia termasuk pembuatan, automotif, teknologi dan sebagainya.
“Pelbagai pengisian boleh didapati dalam aplikasi tersebut seperti permainan interaktif, latihan visual, info-info dan kemasan AI dengan tujuan pendidikan dan pemahaman yang lebih mudah” katanya.